Pengalaman yang luas dalam menguruskan Kes-Kes Syarie seperti Perceraian, Hak Jagaan Anak, Nafkah, Harta Sepencarian, Jenayah Syariah dan Berkaitan Harta Orang Islam Iaitu Faraid, Hibah Serta Wasiat.
Zaza Nasir
Zaza Nasir
5 September 2023
The most reliable and affordable rate as par as per advice and services given. Pn Atikah was the 3rd lawyer I have dealt. The first just not giving good service, 2nd was lawyer who busy with his popular artist clients. Pn Atikah very professional in dealing with her clients. Thumbs up and very recommended service to go for.
Zulaikha Zulkifly
Zulaikha Zulkifly
13 November 2022
Zul Azizi
Zul Azizi
21 August 2021
rekmnded.peguam syarie yang trbaik dan mmberi khimat yg sangt memuaskn.
Muhammad Faiz
Muhammad Faiz
28 January 2021
home_lawyer_list_1
Nikah Cerai Rujuk
Kes-kes melibatkan permohonan pengesahan nikah, permohonan poligami, permohonan wali hakim, cerai seksyen 47, cerai fasakh, cerai taklik, pengesahan lafaz cerai dan rujuk luar mahkamah.
Hak Sebelum & Selepas Perceraian
Kes-kes melibatkan nafkah anak, nafkah isteri, nafkah iddah, tunggakan nafkah isteri, hak jagaan anak, harta sepencarian dan mutaah.

Harta Orang Islam
Melibatkan kes-kes pengesahan hibah, pengesahan wasiat, permohonan sijil faraid, penulisan suratcara perjanjian hibah dan proses akad hibah.
Kes Jenayah Syariah
Melibatkan kes-kes jenayah syariah yang merangkumi kes khalwat, judi, persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dan kes jenayah syariah yang lain.
Lebih 7 Tahun Pengalaman
Peguam kami berpengalaman mengendalikan kes-kes mal hinggalah kes jenayah syariah dengan pengalaman lebih 7 tahun
Kami Bantu:
Menentukan hak kepada yang berhak adalah merupakan prinsip di mahkamah syariah dan juga kami sebagai peguam syarie. Kami akan berjuang untuk mendapatkan hak anda sebagaimana yang anda berhak. Kami berjaya mendapatkan hak klien kami dalam kes-kes yang dikendalikan. Keutamaan kami adalah memberikan kepuasan dan membantu klien dalam mendapatkan hak mereka dengan sedaya upaya kami.

Soalan yang sering ditanya:

1Apa Prosedur penceraian di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan?
Tiada perbezaan prosedur penceraian di kedua negeri ini iaitu Selangor dan Wilayah. Jenis-jenis perceraian yang dibicarakan di Mahkamah Syariah termasuklah perceraian secara talaq, tebus talaq, dan fasakh. Di Selangor pembubaran perkahwinan di letak di bawah bahagian v Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Pihak-pihak yang ingin bercerai perlu membuat permohonan di mana-mana Mahkamah tempat pihak yang memohon itu bermastautin atau meminta bantuan guaman dari mana-mana firma guaman syarie berdaftar. Perceraian Secara Talaq Di Selangor, cerai talaq di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 (EUKIS) terbahagi kepada dua samada perceraian atas persetujuan dua pihak (fast track) atau perceraian tanpa persetujuan pihak satu lagi. Fast Track merupakan cara suami menjatuhkan talak pada si isteri pada hari kes didaftarkan ke Mahkamah Syariah. Penceraian ini lebih cepat, mudah dan menjimat banyak masa berbanding perceraian tanpa persetujuan bersama. Perceraian fast track, pihak-pihak perlu membuat pendaftaran di kaunter Mahkamah sebelum jam 10 pagi. Kemudiannya pihak Mahkamah akan meminta pihak-pihak hadir dan merekod penceraian yang dibuat serta akan mengeluarkan perintah pada hari yang sama. 47. (1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi- (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan itu·, (b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 45; (c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu; (d) suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai; (e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian; (j) syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi melalui usaha bersama pihak­ pihak itu, jika ada, atau, jika tiada, sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan pemohon mengenai hal­ hal itu; dan (g) butir-butir mengenai perintah yang diminta. (2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itubersetuju atau tidak terhadap perceraian itu. (3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecah belah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah. (4) Mahkamah hendaklah merekodkan hal satu talaq itu, dan hendaklah menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Namun, sekiranya suami tidak bersetuju, Mahkamah akan merujuk pihak kepada jawatankuasa pendamai untuk percubaan ruju’. Jawatankuasa pendamai terdiri daripada ahli keluarga pihak-pihak dan seorang Pegawai Agama bertindak sebagai pendamai bagi kedua pasangan tersebut. Sekiranya proses perdamaian tersebut tidak berjaya, maka Mahkamah akan memerintahkan pihak-pihak melantik hakam dari ahli keluarga, seterusnya hakam panel jika masih tidak dapat mencapai perdamaian. Jika shiqaq masih wujud antara kedua pasangan dan suami enggan melafazkan talaq tersebut, maka Mahkamah boleh memerintahkan hakam penal tersebut melafazkan talaq bagi pihak suami tersebut.
2Suami lafaz cerai luar mahkamah, apa yang patut saya buat?
Pasangan suami isteri yang bercerai di luar mahkamah hendaklah mengambil langkah seperti yang berikut: (a) melaporkan perceraian tersebut dengan kadar segera kepada Mahkamah Syariah di tempat mereka tinggal/bermastautin; (b) mendapatkan pengesahan perceraian tersebut daripada Mahkamah Syariah; (c) mendaftarkan perceraian tersebut supaya apa- apa perkara berbangkit daripada perceraian itu dapat diambil dengan teratur. Menurut seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 perceraian yang dibuat di luar Mahkamah perlu di daftarkan di mana-mana mahkamah yang berbidangkuasa. (1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq Itu melaporkan kepada Mahkamah. (2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak. (3) Jika Mahkamah berpuashati bahawa talaq yang telah dilafazkan Ini adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125- (a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq: (b) merekodkan perceraian itu; dan (c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran. Bagi memulakan kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah, pihak yang memfailkan kes hendaklah melengkapkan Saman dan Penyata Tuntutan untuk difailkan di Mahkamah. Dalam butiran Tuntutan hendaklah menjelaskan secara terperinci apa lafaz cerai yang telah diucapkan oleh suami, tarikh dan masa lafaz. Tuntutan tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak suami/isteri setelah difailkan dan kedua-dua pihak hendaklah hadir di Mahkamah bagi Mahkamah menyiasat keterangan kedua-dua pihak berhubung dengan lafaz cerai tersebut. Mahkamah akan mengesahkan dan membuat keputusan samada lafaz cerai tersebut menjatuhkan talak ataupun tidak. Hanya Mahkamah Syariah sahaja mempunyai kuasa untuk mensabitkan lafaz talak tersebut jatuh ataupun tidak. Qadi, ustaz, pegawai di pejabat agama, imam masjid atau surau tiada kuasa untuk mensabitkan samada lafaz tersebut jatuh ataupun tidak. Pihak-pihak mestilah hadir ke Mahkamah Syariah jika meragui status lafaz cerai yang diucapkan oleh suami tersebut.
3Suami tidak memberikan nafkah kepada anak lepas cerai, bagaimana ingin menuntut nafkah tersebut? Berapakah yang layak dituntut?
Seringkali kita dengar si bapa gagal memberikan nafkah kepada anak apabila bercerai. Tetapi, si ibu tiada mendapatkan perintah Mahkamah Syariah berkaitan penetapan jumlah nafkah anak sebulan. Ibu boleh memohon di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan jumlah nafkah sebulan yang perlu dibayar oleh si bapa kepada beliau. Ini adalah berdasarkan peruntukan seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. (1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya. (2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak- kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka. Ibu hendaklah memfailkan kes dengan melengkapkan Saman dan Penyata Tuntutan yang menyenaraikan jumlah dan perbelanjaan anak selama sebulan. Ibu juga boleh menuntut nafkah tahunan seperti perbelanjaan hari raya aidilfitri dan aidiladha serta yuran tahunan persekolahan dan perbelanjaan persediaan persekolahan. Ibu hendaklah bersedia dengan pembuktian seperti resit-resit perbelanjaan anak untuk dijadikan bukti semasa proses perbicaraan kelak. Mahkamah akan meneliti kos perbelanjaan anak-anak dan kemampuan si bapa dalam menentukan jumlah nafkah selayaknya kepada anak tersebut. Cadangan jumlah nafkah yang berasaskan gaji adalah seperti dalam Arahan Amalan No. 5 Tahun 2019. Kes nafkah ini memerlukan pembuktian dan perbicaraan yang agak rumit dan disarankan untuk melantik Peguam bagi membantu kes lebih lancar dan mengikut prosedur undang-undang yang sepatutnya bagi memudahkan pihak Mahkamah membuat keputusan dan memberikan hak yang selayaknya.
4Rumah atas nama bersama dengan suami, lepas cerai apa yang patut dibuat oleh saya?
Rumah yang dibeli atas nama bersama yang mana nama suami dan isteri ada di dalam geran atau perjanjian jual beli rumah tersebut, isteri boleh menuntut hak harta sepencarian ke atas harta tersebut. Bekas isteri berhak menuntut harta sepencarian walaupun harta yang diperolehi semasa perkahwinan hanya daripada usaha suami sahaja. Jika rumah tersebut hanya suami sahaja yang membuat bayaran bulanan atau apa-apa bayaran lain untuk rumah tersebut, isteri masih berhak untuk mendapatkan bahagian ke atas rumah tersebut. Bagi tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah, ianya berdasarkan seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Bagi penentuan bahagian dan hak dalam harta sepencarian, Mahkamah akan membahagikan harta tersebut dengan mengambil kira: • sumbangan tenaga anda terhadap kebajikan keluarga; • sumbangan tenaga anda yang membolehkan suami mengumpul harta; dan • keperluan anak-anak yang belum dewasa. • Sokongan moral kepada suami dalam membolehkan suami mengumpul harta. Sekiranya si isteri ada sumbangan wang ke atas rumah tersebut, Mahkamah akan melihat kepada jumlah sumbangan wang atau sumbangan langsung si isteri berdasarkan pembuktian resit, dokumentasi atau saksi. Kes harta sepencarian memerlukan pembuktian dan perbicaraan yang agak rumit dan disarankan untuk melantik Peguam bagi membantu kes lebih lancar dan mengikut prosedur undang-undang yang sepatutnya bagi memudahkan pihak Mahkamah membuat keputusan Dan memberikan hak yang selayaknya.

Atikah Rashid

Peguam Syarie yang Mempunyai Tauliah Di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan & Melaka.


Keutamaan kami adalah memberikan kepuasan dan membantu klien
  • Puan Zainab (Bukan Nama Sebenar)
    Atikah Rashid adalah peguam syarie yang sangat berdedikasi dan berpengetahuan. Beliau membantu saya menyelesaikan masalah keluarga dengan cepat dan efisien. Saya amat berterima kasih kepada beliau atas nasihatnya yang berharga
    Puan Zainab (Bukan Nama Sebenar)
  • Bukan Nama Sebenar
    Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan Peguam Syarie Atikah Rashid. Beliau telah membantu saya menyelesaikan isu undang-undang keluarga dengan sangat profesional dan teliti. Dengan nasihat yang tepat dan pendekatan yang berwibawa, beliau memberikan saya keyakinan dan penyelesaian yang saya perlukan.
    Bukan Nama Sebenar