Harta Pusaka

Harta Pusaka

PENGURUSAN HARTA SELEPAS BERLAKU KEMATIAN

Apabila seseorang yang beragama Islam meninggal dunia, hartanya termasuk dalam kategori harta pusaka. Harta pusaka ialah harta yang ditinggal oleh orang yang telah meninggal dunia oleh ahli keluarganya sendiri dan yang lain  setelah ditolak segala perbelanjaan pengebumian si mati, hutang serta kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang. 

Dalil

Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: “Pelajarilah ilmu faraid, dan ajarkan ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku.”

Kategori Harta Pusaka

  1. Harta tidak alih
  2. Harta alih 
  3. Gabungan harta tak alih dengan harta alih

Urusan Selepas Kematian

Menjadi tanggungjawab waris-waris menunaikan hak-hak si mati terhadap harta pusaka iaitu:-

  1. Perbelanjaan perkebumian dan pengurusan janazah
  2. Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah SWT mahupun hutang pada manusia yang boleh dibayar dengan menggunakan harta si mati.
  3. Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) dalam lingkungan 1/3 dari keseluruhan harta peninggalan si mati
  4. Melaksanan hibah si mati(jika ada) kepada penerima hibah yang berhak.
  5. Mengeluarkan hak harta sepencarian pasangan si mati dari bahagian harta si mati sebelum dijadikan sebagai harta pusaka si mati.
  6. Mengagihkan harta pusaka kepada para waris WAJIB untuk ditunaikan mengikut apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t didalam al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’ menurut turutan kedudukan mereka.

FAQ :

Adakah duit sedekah yang dihulurkan kepada si mati termasuk dalam harta pusaka?

Wang sedekah yang dihulurkan itu menjadi milik orang yang diberi, ia TIDAK TERMASUK dalam harta pusaka si mati.

Adakah wang pencen (gratuiti), KWSP, dividen saham dan hutang simati termasuk dalam harta pusaka?

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 16 Rabi‘ulawwal 1420H bersamaan 29 Julai 1999 buat kali ke 146 berpandangan:-

-Wang pencen si mati adalah bukan harta pusaka.

-Wang Premium Insuran si mati adalah harta pusaka manakala wang ganjaran adalah bukan harta pusaka.

-Wang pampasan si mati bukan harta pusaka.

-KWSP adalah harta pusaka.

-Wang simpanan bank si mati adalah harta pusaka selain wang faedah.

-Kutipan sewa dari harta si mati adalah termasuk harta pusaka.

-Hutang si mati yang telah dibayar termasuk dalam harta pusaka.

-Dividen ASN/ASB termasuk dalam harta pusaka.